banner1
 

Pentadbiran Berita


28 Jul 2019 - Sabtu TAKLIMAT PENGURUSAN PENGENDALIAN DAN KESELAMATAN UJIAN LISAN BERTUTUR, MENDENGAR DAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2019 DAERAH JOHOR BAHRU.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengetua,
Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan hormatnya perkara  di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Penilaian dan Peperiksaan akan mengadakan Taklimat Pengurusan Pengendalian dan Keselamatan Ujian Lisan Bertutur, Mendengar Dan Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 Peringkat daerah  mengikut ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 31 Julai 2019 (Rabu)
2.2 Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
2.3 Tempat : SMK Skudai

3. Justeru, tuan sebagai Setiausaha PT3 Tahun 2019 di sekolah tuan perlu hadir. Sila bawa bersama bersama dokumen berikut:

3.1 Satu Salinan Jadual Kerja Ujian Lisan Bertutur (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, LAM)
3.2 Satu Salinan Jadual Kerja Ujian Lisan Mendengar (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, LAM)
3.3 Salinan Laporan Taklimat Pemerkasaan PT3 (Kecuali BM dan BI)
3.4 Salinan Laporan Taklimat Latihan Penskoran (Sejarah, Geografi, Asas Sains Komputer dan Reka Bentuk dan Teknologi)

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Unit Penilaian dan Peperiksaan ditalian 012-7623764.

Sekian, terima kasih.


Surat (101) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pentaksiran Dan Peperiksaan)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 319 kali sejak disiarkan pada 28 Jul 2019 jam 07:34:29


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 39 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru