banner1
 

Pentadbiran Berita


3 Jun 2019 - Ahad PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru 
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan dengan itu, pertandingan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Jun 2019 (SABTU)
Pendaftaran : 7.30 pagi
Tempat : SK Taman Nusa Perintis
Yuran Penyertaan : RM 25 setiap sekolah 

3. Untuk makluman tuan SK Taman Nusa Perintis telah dilantik sebagai pengelola bagi pertandingan tersebut. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau cek atas nama : SEK KEB TAMAN NUSA PERINTIS 1 dan hendaklah diserahkan di pejabat SK Taman Nusa Perintis selewat-lewatnya pada 12 Jun 2019 sebelum pukul 2.00 petang (TIDAK DIBENARKAN BAYARAN SECARA ATAS TALIAN). Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan dan tindakan tuan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Sekolah Terlibat (160) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 208 kali sejak disiarkan pada 3 Jun 2019 jam 07:48:59


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 18 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru