banner1
 

Pentadbiran Berita


30 Mei 2019 - Khamis KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR KATEGORI KOPERASI SEKOLAH 2019 (LELAKI DAN PEREMPUAN)

Pengarah/ Pengetua,  
Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah,
Johor Bahru.

Tuan,

KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR KATEGORI KOPERASI SEKOLAH 2019 (LELAKI DAN PEREMPUAN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas, surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor JPNJ.KOKO.600-3/4/20(  ) bertarikh 27 Mei 2019 dan surat dari ANGKASA AKKM/JR/3/4 JILID 1 bertarikh 15 Mei 2019 adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan Kejohanan Petanq pada ketetapan seperti berikut:
2.1 Zon Utara (Daerah Muar, Tangkak, Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing)
Tarikh : 27 Jun 2019 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Padang Petanque, Taman Flora, Batu Pahat

2.2 Zon Selatan (Daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kulai dan Pontian)
Tarikh : 04 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Arena Petanque Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi

2.3 Peringkat Akhir
Tarikh : 21 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Arena Petanque Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi

3. Kejohanan Petanq ANGKASA Peringkat Negeri Johor 2019 Kategori Koperasi Sekolah adalah mengikut format pertandingan 2018, dimana dapat memberi peluang lebih banyak pasukan mengambil bahagian. Bersama ini dilampirkan format pertandingan tersebut.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Nor Wahidah binti Md Kassim (019-7813628) di Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Johor Bahru. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  



surat petanque-05282019091119 (70) - klik utk muat turun

JPN petanque negeri johor-16052019104432 (73) - klik utk muat turun

petanq negeri (61) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 206 kali sejak disiarkan pada 30 Mei 2019 jam 13:11:55


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 44 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru