banner1
 

Pentadbiran Berita


18 Apr 2019 - Khamis JEMPUTAN MURID MENYERTAI PERKHEMAHAN INTEGRASI TUNTAS ILMU PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

JEMPUTAN MURID MENYERTAI PERKHEMAHAN INTEGRASI TUNTAS ILMU PERINGKAT KEBANGSAAN  2019

Dengan segala hormatnya surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, surat rujukan KPM.600-6/1/1 JLD (  ) bertarikh 04 April 2019, surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan JPNJ.KOKO.600-3/3/1 ( ) bertarikh 21 Februari 2019 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberi kebenaran kepada 8 orang murid (4 lelaki dan 4 perempuan) dari pasukan badan beruniform sekolah tuan untuk mengikuti perkhemahan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 23-25 April 2019
Pendaftaran : 2.00 – 4.00 petang (23 April 2019)
Tempat : Kolej Rahman Putra 
  Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
 
3. Segala urusan pengangkutan diuruskan oleh pihak sekolah. Pastikan surat kebenaran ibu bapa, borang deklarasi kesihatan, salinan mykad murid  dibawa bersama dan murid telah dilindungi dengan Skim Perlindungan Diri. Bersana-sama ini dilampirkan kertas konsep dan dokumen berkaitan utnutk rujukan tuan. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Puan Fatimatuzzahrah binti Roslan  di talian 012-7005041, Cik Nor Wahidah binti Md Kassim di talian 0197813628 atau Encik Khairulakmar bin Abdullah di talian 0197831481. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.



perkhemahan integrasi tuntas ilmu (507) - klik utk muat turun

Jemputan&KebenaranPelaksanaan (0) - klik utk muat turun

Kebenaran KPM Tuntas Ilmu (335) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 424 kali sejak disiarkan pada 18 Apr 2019 jam 14:30:05


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 41 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru