banner1
 

Pentadbiran Berita


18 Apr 2019 - Khamis BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Pengetua,  
SMK Tun Syed Nasir Ismail
SMK Bandar Baru UDA
Sekolah Tun Fatimah
Johor Bahru

Tuan,

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Dengan segala hormatnya surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan: JPNJ.KOKO.600-3/3/19 (  ) bertarikh 10 April 2019 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memberi pelepasan tugas kepada seorang guru dan 2 orang pelajar dari sekolah tuan untuk  hadir ke bengkel tersebut pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 22 April 2019 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi – 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan 
  Negeri Johor, Jalan Persiaran Permai, Kempas, Johor Bahru

3. Urusan pengangkutan diuruskan oleh Jabatan Kesihatan Daerah. Setiap peserta bengkel diminta memakai pakaian sukan dan membawa bekalan air secukupnya. 

4. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Nor Wahidah binti Md Kassim ditalian 019-7813628 atau Puan Yasmin binti Md Rais ditalian 012-5508150. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.




tot dr muda (39) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua sekolah berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 172 kali sejak disiarkan pada 18 Apr 2019 jam 14:16:10


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 23 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru