banner1
 

Pentadbiran Berita


16 Apr 2019 - Selasa KUTIPAN MAKLUMAT ASAS SEKOLAH - MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS) DATA BERAKHIR 30 APRIL 2019

Kepada:
Pengetua/ Guru Besar
Sekolah- sekolah 
Daerah Johor Bahru

Tuan, 

Dengan segala hormatnya bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan perlu memastikan sekolah  tuan telah membuat pengemaskinian Modul Pengurusan Sekolah (MPS) di URL https://emisonline.moe.gov.my/ atau https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php seperti mana ketetapan surat KPM.100-11/2/40 JLD4(21) yang bertarikh 3 Januari 2019.

3. Sila semak ralat sekolah di Modul Pengurusan Sekolah (EMiS).

4. Mohon kerjasama Guru Data Maklumat agar dapat:
a.  Memastikan bahawa segala maklumat di Modul Pengurusan Sekolah adalah tepat dan terkini (sekiranya tiada perubahan sila klik butang kemaskini agar tarikh terkini dipaparkan)
 
5. Pihak tuan hendaklah melakukan pengemaskinian dan pengesahan bermula 15 sehingga 30 APRIL 2019 pada jam 12.00 tengah hari.
 
6. Bagi kutipan Modul Pengurusan Sekolah kali ini, pihak sekolah dipohon agar:- 
a. Menggunapakai dan menjana Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah (LPMS) di dalam Modul Pengurusan Sekolah (EmisOnline) mengikut ketetapan. 
b. Pengemaskinian, penjanaan dan penyediaan oleh Guru Data Maklumat dan pengesahan oleh Pengetua Guru Besar adalah sebelum  atau pada 30 APRIL 2019

7.  Sila muat turun lampiran di https://bigbox.1govuc.gov.my/index.php/s/TEbWoGAPmY5ZHwL

8. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Azlan Shah Bin Abdul Rahim di talian  072200357 atau [email protected]
 
9.         Kerjasama serta keprihatinan pihak tuan untuk menjayakan kutipan data Modul Pengurusan Sekolah (MPS) April 2019 ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sekian, harap maklum.
 
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH’


Tindakan : Pengetua/ Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MUHAMMAD AZLAN SHAH BIN ABDUL RAHIM | Penolong PPD Teknologi & Maklumat

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 353 kali sejak disiarkan pada 16 Apr 2019 jam 09:30:06


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 30 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru