banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Apr 2019 - Isnin PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA TAMIL SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah Berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan mengarahkan pasukan sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 27 April 2019 (SABTU) (rujuk jadual pertandingan)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat : SMK Sri Rahmat
Pertandingan : a) Deklamasi Sajak & Syarahan
b) Forum & Pengucapan Awam
c) Kuiz Tatabahasa & KST
d) Menulis Cerpen & Menulis Esei
e) Prosa klasik (Thirumurai) & Persembahan Multimedia
Yuran Penyertaan : Pengetua SMK Sri Rahmat
RM 150 (Bayaran untuk semua acara yang dipertandingkan)

3. Untuk makluman tuan Sekolah SMK Sri Rahmat telah dilantik sebagai pengelola bagi Karnival Bahasa Tamil Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru 2019. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau cek kepada Pengetua SMK Sri Rahmat pada atau sebelum 18 April 2019 sebelum pukul 2.00 petang. Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan dan tindakan tuan.
4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Sekolah Terlibat (72) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Sekolah-sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 195 kali sejak disiarkan pada 15 Apr 2019 jam 14:30:11


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 58 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru