banner1
 

Pentadbiran Berita


8 Apr 2019 - Isnin BENGKEL PEMANTAPAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENENGAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru

Tuan,

BENGKEL  PEMANTAPAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENENGAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan SMK Taman Universiti 2, JKD Bahasa Melayu Menengah Rendah akan mengadakan bengkel tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:

2.1 Tarikh 16 April 2019 (Selasa) 
2.2 Masa :  2.00 petang hingga 5.00 petang 
2.3 Tempat :  SMK Taman Universiti 2, Johor Bahru
2.4 Penceramah: Dr. Muhammad Khairul Anuar Hussin

3.  Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan meminta Ketua Panitia Bahasa Melayu Menengah Rendah dan seorang guru yang mengajarkan Bahasa Melayu Tingkatan 2 hadir mengikuti bengkel tersebut. 

4. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan , sila hubungi Pn Norita binti Ahmad Alwi Penolong PPD Bahasa Melayu (M) melalui talian 012-7785832. 

Sekian, terima kasih. 


Surat makluman (97) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORITA BINTI AHMAD ALWI | Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 217 kali sejak disiarkan pada 8 Apr 2019 jam 15:55:40


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 29 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru