banner1
 

Pentadbiran Berita


14 Mac 2019 - Khamis STATUS PENGISIAN SKPMg2 FASA JAN-MAC 2019 DATA 14 MAC 2019 BERAKHIR JAM 1000 PAGI

Pengetua /Guru Besar/ Setiausaha SKPMg2,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru.


Tuan,

STATUS PENGISIAN SKPMg2 FASA JAN-MAC 2019 DATA 14 MAC 2019 BERAKHIR JAM 1000 PAGI


Sukacita dimaklumkan tarikh akhir pengisian portal SKPMg2 untuk fasa Jan-Mac di portal nkra.moe.gov.my adalah pada 31 Mac 2019. Namun begitu, semua sekolah di Daerah Johor Bahru dikehendaki melengkapkan pengisian data SKPMg2 di portal NKRA pada atau sebelum 21 Mac 2019 bagi tujuan verifikasi data di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Justeru, mohon kerjasama pihak sekolah untuk :

1. Melengkapkan pengisian TT (Tahap Tindakan) dan TK (Tahap Kualiti) untuk setiap standard di portal nkra.moe.gov.my terutama bagi sekolah-sekolah yang masih berstatus MERAH bagi SEMUA STANDARD sebelum atau pada 21 Mac 2019 bagi membolehkan data diverifikasi di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (Rujuk lampiran pdf).

2. Jika terdapat nama guru KGSK di dalam senarai nama guru di standard 4, mohon tuan/puan meletakkan status "Interim" dan mengosongkan markah mereka. Pastikan pihak sekolah menyimpan dan mengemukakan surat lantikan KGSK di dalam fail standard 4 sebagai evidens bagi persediaan sekiranya semakan dilakukan oleh pihak JNJK.

3. Pegawai kami, Puan Nur Nazihah Bt Zakaria, Pen, PPD Pengurusan Kualiti, sedia membantu di talian 072200339.

Kerjasama dan perhatian tuan dalam melaksanakan dan menjayakan SKPMg2 didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian. 


SM data 14032019 (87) - klik utk muat turun

SR1 data 14032019 (161) - klik utk muat turun

SR2 data 14032019 (139) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua, Guru Besar dan Setiausaha SKPMg2

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NUR NAZIHAH BINTI ZAKARIA | Penolong PPD Pengurusan Kualiti

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 411 kali sejak disiarkan pada 14 Mac 2019 jam 10:15:07


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 36 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru