banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Mac 2019 - Rabu PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah 
Johor Bahru.

Tuan,

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimakumkan bahawa Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

 
2.1 PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( P ) pada 03 April 2019 ( Rabu ) di SMK Taman Nusajaya 7.30 pagi – 6.00 petang
2.2 PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( L ) pada 04 April 2019 (Khamis) di SMK Taman Nusajaya  7.30 pagi – 6.00 petang
2.3 PBB Agensi Bukan Kerajaan – NGO ( L ) pada 07 April 2019 (Ahad) di SMK Impian Emas 7.30 pagi – 6.00 petang
2.4 PBB Agensi Bukan Kerajaan – NGO ( P ) pada 08 April 2019 ( Isnin ) di SMK Impian Emas 7.30 pagi – 6.00 petang
2.5 PBB Agensi Kerajaan – GO ( P ) pada 09 April 2019 ( Selasa ) di SMK Medini 7.30 pagi – 6.00 petang
2.6 PBB Agensi Kerajaan – GO ( L ) pada 10 April 2019 (Rabu) di SMK Medini 7.30 pagi – 6.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, yuran penyertaan bagi setiap pasukan beruniform yang menyertai ialah sebanyak RM150.00 ( Ringgit Malaysia : Satu Ratus dan Lima Puluh Ringgit Malaysia ). Yuran tersebut boleh dijelaskan dalam bentuk cek pada atau sebelum 26 Mac 2019 kepada :-

Kategori Tuan Rumah/ Lokasi Pertandingan
3.1 PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( Perempuan ) Sek Men Keb Taman Nusa Jaya
3.2 PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( Lelaki )
3.3 PBB Agensi Bukan Kerajaan – NGO ( Perempuan ) Pengetua SMK Impian Emas
3.4 PBB Agensi Bukan Kerajaan – NGO ( Lelaki )
3.5 PBB Badan Kerajaan – GO ( Perempuan ) SMK Medini
3.6 PBB Badan Kerajaan – GO ( Lelaki )
4. Bersama-sama ini disertakan Borang Pendaftaran Pertandingan yang perlu dilengkap. Sesalinan borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Johor Bahru (u.p: Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, Penyelia Kokurikulum) pada atau sebelum 26 Mac 2019 sebagai tanda pengesahan penyertaan. Pengurus, jurulatih, guru pengiring dan peserta hendaklah hadir mengikut masa yang ditetapkan supaya pertandingan dapat berjalan dengan lancar. 

5. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, Penyelia Kokurikulum, PPD Johor Bahru di talian 07-2200444/ 019-7813628. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap makluman dan tindakan di atas adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.



pertandingan Kawad kaki SM 2019 (111) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua sekolah berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 234 kali sejak disiarkan pada 13 Mac 2019 jam 16:40:45


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 37 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru