banner1
 

Pentadbiran Berita


12 Mac 2019 - Selasa BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN DSKP BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengetua 
Sekolah-sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru

Tuan,

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan JKD Bahasa Melayu Menengah Rendah akan mengadakan bengkel tersebut mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh  :  19hb Mac 2019 (Selasa)
Masa   :  2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat:  Bilik Mesyuarat, SMK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru

3.  Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan meminta Ketua Panitia Bahasa Melayu Menengah Rendah ATAU seorang guru yang mengajarkan Bahasa Melayu Tingkatan 3 (yang telah menghadiri Penataran KSSM Tingkatan 3 pada 2018) untuk hadir bengkel berkenaan. Peserta diminta membawa bersama-sama DSKP BM Tingkatan 3, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, dan RPT BM Tingkatan 3. 

4.  Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Norita Ahmad Alwi Penolong PPD Bahasa Melayu (M) melalui talian 012-7785832.

Sekian, terima kasih. 


Surat makluman (67) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORITA BINTI AHMAD ALWI | Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 129 kali sejak disiarkan pada 12 Mac 2019 jam 16:30:53


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 56 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru