banner1
 

Pentadbiran Berita


12 Mac 2019 - Selasa BENGKEL SEMAKAN PERMOHONAN ABM PERJAWATAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2020

Pengetua, 
Sekolah Menengah Harian,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

BENGKEL SEMAKAN PERMOHONAN ABM PERJAWATAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Untuk makluman tuan, Bengkel Permohonan ABM Perjawatan Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Harian Daerah Johor Bahru Bagi Tahun 2020 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 17  Mac 2019 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Skudai
3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Penolong Kanan Pentadbiran hadir ke bengkel  tersebut.  Sila bawa bersama:
3.1 Laptop / Notebook dan wayar penyambung,
3.2 Peranti sambungan internet
3.3 Data Maklumat Kedudukan Guru terkini
3.4 Data Maklumat Enrolmen Pelajar dan Bilangan Kelas Operasi Tahun 2019
3.5 Data Maklumat Bilangan Kelas Operasi Subjek Elektif/ MPT/ MPV/ PAV  Tahun 2019

4. Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah pekeliling Perbendaharaaan Malaysia WP 1.10/2013 dipatuhi dimana sekiranya kenderaaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa di bawah OS21000.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Baba Bin Ismail, Penolong PPD Pengurusan Sekolah (Menengah) di talian 07-2200372.

Sekian, terima kasih.



SURAT (55) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua, Sekolah Menengah Harian, Daerah Johor Bahru.

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong PPD KGSK / GSTT / GG

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 133 kali sejak disiarkan pada 12 Mac 2019 jam 13:57:22


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 55 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru