banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Mac 2019 - Isnin MESYUARAT PENYELARASAN TUGAS PROGRAM KEM MOTIVASI MINDA DAN PEMANTAPAN SAHSIAH 2019 PERINGKAT SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Guru Besar
SK Bukit Mutiara
SK Tebrau Bakar Batu
SK Mohd Khir Johari
SK Kompleks UDA

Tuan,

MESYUARAT PENYELARASAN TUGAS PROGRAM KEM MOTIVASI MINDA DAN PEMANTAPAN SAHSIAH 2019 PERINGKAT SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Dengan segala hormatnya surat Yayasan Bandaraya Johor Bahru, rujukan : YBJB No 213/09 (14)  bertarikh 05 Mac 2019 dan surat rujukan YBJB No 213/09 (20)  bertarikh 11 Mac 2019 adalah dirujuk.
2. Untuk  makluman, Yayasan Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan ’Program Kem Motivasi Minda dan Pemantapan Sahsiah 2019’ untuk pelajar-pelajar tahun 6 calon UPSR 2019 pada 19hb Mac hingga 21hb Mac 2019 di Pusat Kokurikulum Tasek Utara, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

3. Sehubungan dengan itu, sekolah tuan telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk menghantar seorang wakil guru/ Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:
 
Tarikh : 13 Mac 2019 (Rabu)
Masa : 02.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Johor Bahru
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Taufik bin Hamzah, Pen. PPD Pembangunan Kemanusiaan ditalian 07-2200344.
4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.  
Sekian, terima kasih.



program motivasi yayasan (91) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 360 kali sejak disiarkan pada 11 Mac 2019 jam 17:07:15


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 54 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru