banner1
 

Pentadbiran Berita


2 Dis 2018 - Ahad SENARAI MAKLUMAT PEGAWAI BERSARA/ MENINGGAL DUNIA/ CUTI TANPA GAJI / MELETAK JAWATAN BAGI PEMBAYARAN KHAS TAHUN 2018

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2.    Untuk makluman tuan/puan, Bayaran Khas Tahun 2018 akan dibayar pada 18 Disember 2018 bersama-sama gaji bulan Disember. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dikehendaki untuk mengunci masuk data bagi pegawai yang bersara/ meninggal dunia/  cuti tanpa gaji dan meletak jawatan sehingga 18.12.2018.

3.     Sila isi maklumat tersebut pada link di bawah. Tuan/puan hendaklah merujuk pekeliling yang disertakan bersekali dengan surat ini. Tuan/puan juga diingatkan supaya tidak mengubah maklumat yang telah ada dalam link tersebut. Sila copy link dibawah dan paste pada Google Chrome atau Internet Explorer.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1i6FbR_yx6YzA9iWXqbvj4LBkW6TYHg2FMDKpetrYers/edit#gid=0

4.            Maklumat tersebut hendaklah dikuncimasuk selewat-lewatnya pada 3.12.2018 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Zurya binti Mohd Zin di talian 07-2200378.

Sekian terima kasih.




PEKELILING BK 2018 (263) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA/ GURU BESAR/ KPT/ PTKEW/ PTPO

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SUHAILA BT HASSAN | Pembantu Akauntan Kanan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 829 kali sejak disiarkan pada 2 Dis 2018 jam 15:36:32


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 43 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru