banner1
 

Pentadbiran Berita


2 Dis 2018 - Ahad PELAPORAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SERTA PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2018, NEGERI JOHOR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengetua
Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta,
Daerah Johor Bahru.
(u.p. : Setiausaha Pentaksiran Tingkatan 3)

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dikeluarkan pada 13 Disember 2018 (Khamis). Justeru, pihak tuan diminta menyerahkan keputusan tersebut kepada calon selepas jam 10.00 pagi bersama-sama dengan pelaporan komponen PBS yang lain (Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)).

3. Jika calon memohon untuk membuat penyemakan semula PT3,  pihak sekolah diminta melaksanakan proses permohonan penyemakan semula keputusan berpandukan Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PT3 2018 (rujuk muka surat 110 hingga 124 – gunakan borang berkaitan dan serahkan kepada Pen. PPD PBS di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing dalam tempoh sebulan selepas tarikh pengumuman rasmi PT3, Tahun 2018)

4. Tuan diminta mematuhi  prosedur dan garis panduan seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditalian 012-7623764. 
 
Sekian, terima kasih.


Surat (104) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 293 kali sejak disiarkan pada 2 Dis 2018 jam 07:37:23


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 41 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru