banner1
 

Pentadbiran Berita


26 Nov 2018 - Isnin PERINGATAN MENGENAI PENJAGAAN KESELAMATAN ASET ICT DI SEKOLAH SEMASA CUTI SEKOLAH

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru
Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah adalah diingatkan untuk meningkatkan tahap keselamatan peralatan di sekolah terutama aset ICT daripada risiko kecurian dan bencana alam sepanjang musim cuti sekolah yang akan bermula pada 25 November 2018 ini.

3. Sila arahkan pengawal keselamatan untuk menjalankan rondaan dengan lebih kerap terutama kawasan berisiko tinggi seperti makmal dan bilik Komputer, pejabat sekolah dan bilik guru.

4. Bagi mengelakkan kerosakan teruk pada peralatan ICT akibat dari bencana alam semua peralatan hendaklah dinaikkan ditempat tinggi agar tidak tenggelam jika berlakunya banjir sepanjang tempoh perubahan cuaca di luar jangka.

5. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



Surat (181) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : RUSLAN BIN ABDUL HAMID | Penyelia Teknologi Dan Maklumat

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 325 kali sejak disiarkan pada 26 Nov 2018 jam 08:55:11


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 38 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru