banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Ogs 2018 - Isnin BENGKEL PELAPORAN AKTIVITI PIBK 2017 MENGGUNAKAN SISTEM FLIPBOOK PELAKSANAAN INISIATIF PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI ( PIBK ) JOHOR BAHRU DI BAWAH ANJAKAN KE 9 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah daerah Johor Bahru
Johor
(lihat lampiran)

Tuan,

BENGKEL PELAPORAN AKTIVITI PIBK 2017 MENGGUNAKAN SISTEM FLIPBOOK PELAKSANAAN INISIATIF PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI ( PIBK ) JOHOR BAHRU DI BAWAH ANJAKAN KE 9 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Johor Bahru sedang melaksanakan pengumpulan bahan-bahan aktiviti PIBK sekolah untuk dimuatnaik dalam Flipbook sebagai laporan pelaksanaan program PIBK semua sekolah daerah Johor Bahru untuk dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan untuk memaklum dan mengarahkan Penyelaras atau Penggerak PIBK peringkat sekolah tuan  ( seperti dilampiran ) untuk hadir ke bengkel tersebut di atas mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Ogos 2018 ( Selasa )
Tempat : Bilik Gerakan SMK Taman Sutera 
Masa : 9.30 pagi – 4.00 petang
Peralatan dibawa : Laptop , Wayar Penyambung, WIFI, Bahan-bahan aktiviti PIBK bergambar 2017

4. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului denga ucapan terima kasih. Pegawai kami Encik Abdullah bin Yusof,  Penolong PPD Perhubungan dan Aduan boleh dihubungi  sekiranya terdapat sebarang pertanyaan di talian 019-7752234 atau 07-2200330.
`


SURAT DAN SEKOLAH TERLIBAT (347) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah daerah Johor Bahru Johor (lihat lampiran

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong PPD KGSK / GSTT / GG

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 445 kali sejak disiarkan pada 13 Ogs 2018 jam 11:38:04


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 28 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru