banner1
 

Pentadbiran Berita


5 Jun 2018 - Selasa LATIHAN PUSAT PERKHEMAHAN PASUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Johor Bahru.
( rujuk Lampiran – TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH )

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi akan menganjurkan Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2018 pada 25 – 28 Jun 2018 di Pusat Kokurikulum JPN Johor, Cawangan Kota Tinggi, Kem Johor Kampung, Kota Tinggi.

3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberi memberi pelepasan dan mengarahkan Ahli Kadet Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Pegawai/ Guru dari sekolah tuan (rujuk Lampiran) bagi mengikuti dan bertugas sepanjang latihan pusat tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

2.1 Tarikh : 24 Jun 2018 ( Ahad )
2.2 Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Johor, Kem Tasek Utara, Johor Bahru
2.3 Masa          : 11.00 pagi – 5.00 petang
2.4 Keperluan : sila rujuk Lampiran

4. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Puan Siti Nor Haliza binti Abdul Rahim, Pegawai Tadbir TKRS Daerah Johor Bahru (019-7017047). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


LAT PUSAT CAMP TKRS JOHOR 2018 (141) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar/ PK Kokurikulum Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Guru Besar/ PK Kokurikulum Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 374 kali sejak disiarkan pada 5 Jun 2018 jam 07:42:16


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 20 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru