banner1
 

Pentadbiran Berita


16 Mei 2018 - Rabu PERINGATAN PEMATUHAN KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) DAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK) YANG SEDANG BERKUATKUASA DI PREMIS PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

Tuan,

PERINGATAN PEMATUHAN KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) DAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK) YANG SEDANG BERKUATKUASA DI PREMIS PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK)

i.         tidak menggaji atau mengambil bekerja mana-mana orang di bawah umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur enam puluh (60) tahun sebagai Pengawal Keselamatan. Walau bagaimana pun, bagi mana-mana orang yang berumur 56 tahun sehingga 60 tahun boleh dilantik sebagai Pengawal Keselamatan hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan diperolehi setiap tahun;

ii.       melantik Pengawal Keselamatan yang daripada kalangan warganegara Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad pengenalan biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara;

PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

i.         tidak menggaji atau mengambil bekerja mana-mana orang di bawah umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur enam puluh tiga (63) tahun sebagai Pekerja Pembersihan. Walau bagaimana pun, bagi mana-mana orang yang berumur 56 tahun sehingga 63 tahun boleh dilantik sebagai Pekerja Pembersihan hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan diperolehi setiap tahun;

ii.       melantik Pekerja Pembersihan yang daripada kalangan warganegara Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad pengenalan biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara ATAU bukan warganegara Malaysia tetapi mematuhi Nisbah 30:70 Jumlah Keseluruhan Pekerja iaitu 30 warganegara: 70 bukan warganegara

iii.     syarikat mestilah membekalkan pakaian seragam yang mematuhi spesifikasi kontrak yang mensyaratkan maklumat dicetak pada pakaian pekerja

§  ‘Kontraktor KBK KPM’

§  Nama Syarikat

§  No Tel Syarikat

Jika berlaku pelanggaran mana-mana terma dan syarat Kontrak, Pusat Pembayar hendaklah mengenakan denda dengan jumlah dua peratus (2%) sehari daripada Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat tanpa mengira bilangan pelanggaran yang dibuat pada hari tersebut. Bagi maksud ini, asas pengiraan denda adalah seperti berikut:

Denda = 2% sehari x bilangan hari pelanggaran dilakukan x Jumlah Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat mengikut Jadual

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima Kasih



Tindakan : Pengetua/Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SYAHRIL BIN MOHAMMAD SHARIF | Penolong PPD Perolehan Dan Aset

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 384 kali sejak disiarkan pada 16 Mei 2018 jam 14:11:15


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 260
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 18 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru