banner1
 

Pentadbiran Berita


12 Okt 2017 - Khamis BENGKEL KERJA PENGUKUHAN PENTADBIR HRMIS SEKOLAH BAGI DAERAH JOHOR BAHRU

Pengetua dan Guru Besar,
(Sekolah yang berkenaan)
Johor Bahru, Johor.

Tuan,

BENGKEL KERJA PENGUKUHAN PENTADBIR HRMIS SEKOLAH BAGI DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.  Dimaklumkan bahawa, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan mengadakan Bengkel Kerja Pengukuhan Pentadbir HRMIS Sekolah bagi Daerah Johor Bahru (mengikut zon) kepada Pembantu Tadbir (Pentadbir HRMIS yang menguruskan data asas di sekolah) bagi Daerah Johor Bahru sepertimana ketetapan berikut:-

Tarikh    :   15/10/2017 (Ahad),
    (Zon Skudai & Nusajaya)

Tempat  :  Dewan Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah  Johor Bahru, 

Masa     :  8.30 pagi hingga 5.00 petang 
(Pendaftaran - 8.00 pagi.)

Keperluan     :  i. Laptop dan wayar penyambung (extension     wayer)
    ii. CPE zoom / dongle
    iii. Maklumat CO yang tidak berintegriti

3.  Sehubungan itu, dipohon jasa baik tuan untuk memberi kebenaran kepada Pentadbir HRMIS Sekolah untuk menghadirkan diri ke bengkel kerja tersebut. Walau bagaimanapun, makan minum untuk peserta bengkel tidak disediakan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila hubungi Pn. Norhayati binti Hussin , Penolong Pegawai Tadbir di talian 07-2200376 atau Pn. Irdawati @ Nor Zakiah binti Motsidi di talian 07-2200384.

4.  Segala kerjasama yang tuan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Surat (305) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORHAYATI BINTI HUSSIN | Pegawai Eksekutif

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 506 kali sejak disiarkan pada 12 Okt 2017 jam 12:25:27


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 58 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0