banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Okt 2017 - Selasa TAKLIMAT KURSUS KEPIMPINAN DAN PENTAULIAHAN PANGKAT LEFTENAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah,
Johor Bahru.
( rujuk Lampiran )

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Sekreteriat Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) akan mengadakan Kursus Kepimpinan Dan Pentauliahan Pangkat Leftenan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017 di Pulau Tioman, Pahang pada 24 Oktober – 26 Oktober 2017.

3.    Sehubungan dengan itu, satu taklimat bagi kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :-

Tarikh      : 11 Oktober 2017 ( Rabu )
Masa        : 2.00 petang
Tempat    : War Room, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru


4.    Justeru, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Pegawai/ Guru dari organisasi tuan (rujuk Lampiran) untuk menghadiri taklimat tersebut.

5.    Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti Abdullah, Penyelia Kokurikulum (07-2200344/ 012-3602653). Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



TAKLIMAT LEFTENAN JB 2017 (2088) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 252 kali sejak disiarkan pada 10 Okt 2017 jam 09:50:07


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 55 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0