banner1
 

Pentadbiran Berita


7 Ogs 2017 - Isnin PROGRAM CITRA PUTERI

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah,
Johor Bahru.
( PUTERI ISLAM )

Tuan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan: JPNJ.KOKO(37)/700-3/3/3( ) bertarikh 11 Julai 2017 dan surat daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Johor Bahru, surat rujukan: PPIMDJB/2017/1/(13) bertarikh 01 Ogos 2017 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada 2 orang Ahli dan 1 Guru Pemimpin PPIM dari sekolah tuan untuk menghadiri program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-
    
Tarikh      : 12 Ogos 2017 ( Sabtu )
Masa        : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat    : Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru
Sasaran    : Seorang Guru Pemimpin dan 2 orang Ahli PPIM
Pakaian    : Uniform rasmi PPIM


3.    Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Puan Khaliza binti Arbaa, Setiausaha Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Daerah Johor Bahru (012-7734960). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



PROG CITRA PUTERI PPIM (2050) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 469 kali sejak disiarkan pada 7 Ogs 2017 jam 14:25:41


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 60 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0