banner1
 

Pentadbiran Berita


7 Ogs 2017 - Isnin BENGKEL KAJIAN SIKAP PROGRAM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Semua Pengetua/ Guru Besar, 
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

BENGKEL KAJIAN SIKAP PROGRAM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Untuk makluman tuan, Bengkel Kajian Sikap Program Guru Pembina Negara Bangsa Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru Tahun 2017  akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 9 Ogos 2017 ( Rabu )

Masa : 8.00 pagi (Sesi 1 – Sekolah Rendah)
10.30 pagi (Sesi 2 – Sekolah Menengah)

Tempat : Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk mengarahkan guru seliaan tuan (sepertimana lampiran) untuk hadir ke bengkel tersebut. Sila bawa bersama:
3.1  Laptop / Notebook dan wayar penyambung, (Keperluan wajib)
3.2  Sambungan Internet (Smartphone Hotspot, Broadband / Donggle YES/  CPE Zoom YES)
3.3  Data Maklumat Guru dan AKP (Mohon muat turun dalam bentuk softcopy pada lampiran dibawah)

4. Dimaklumkan bahawa kemudahan makan dan minum tidak disediakan oleh penganjur. Manakala bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah pekeliling Perbendaharaaan Malaysia WP 1.10/2013 dipatuhi dimana sekiranya kenderaaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa di bawah OS21000.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Rohaizad Bin Selemin, Penolong PPD KGSK/ GSTT/ GG di talian 07-2200339.

Sekian, terima kasih.



SURAT DAN NAMA GURU TERLIBAT (2048) - klik utk muat turun

MAKLUMAT GURU DAN AKP (SILA MUAT TURUN) (2049) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua/ Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong PPD KGSK / GSTT / GG

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 1270 kali sejak disiarkan pada 7 Ogs 2017 jam 11:55:18


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 60 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0