banner1
 

Pentadbiran Berita


17 Jul 2017 - Isnin JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BENGKEL ROYAL WATER COLOR 2017 BERTUJUAN MEMBERI PENDEDAHAN DAN PENINGKATAN TEKNIK-TEKNIK MEDIA CAT AIR

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru
                        
Tuan,

Dengan segala hormatnya surat JPNJ.KOKO(37)/700-4/2/9 (    ) bertarikh 6 Julai 2017 adalah dirujuk dan berkaitan.
           
2.    Bengkel ”Royal Water Color” ini pada dasarnya bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik-teknik kreatif menghasilkan sesuatu catan dengan menggunakan media cat air. Sehubungan itu, semua sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru dijemput menyertai program tersebut. Bengkel tersebut akan diadakan kepada Guru Pendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Rendah dan Menengah di Negeri Johor pada ketetapan berikut :

Tarikh                      :    27 Julai 2017 (KHAMIS)
Masa                        :    8.00 pagi hingga 3.00 petang
Yuran Penyertaan    :    RM 35.00 seorang

3.    Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Azhar bin Mohtar di talian 011-39556500 di Unit Kokurikulum JPN Johor atau Encik Christopher Teh di talian 012-4690092 di Bonanza Distributors Sdn. Bhd.

Sekian, terima kasih.



Surat JPNJ (2054) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 377 kali sejak disiarkan pada 17 Jul 2017 jam 13:08:47


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 15 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0