banner1
 

Pentadbiran Berita


17 Apr 2017 - Isnin LANTIKAN HAKIM DAN JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN STORY TELLING (LEVEL 1 & 2), ACTION SONG (LEVEL 1), PUBLIC SPEAKING, CHORAL SPEAKING, POETRY RECITATION DAN SCRABBLE SEMPENA KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON MAJIDI

Kepada,
Guru Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Melalui,
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas rujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru amat berbesar hati melantik tuan sebagai hakim untuk pertandingan tersebut sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah (Zon Majidi) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh             :    22 April 2017 (SABTU)
Pendaftaran     :    7.30 pagi (di sekolah-sekolah berkenaan)
Tempat            :    Story telling (Tahap 1) - SK Bukit Mutiara
                            Story telling (Tahap 2) - SK Bukit Mutiara
                            Public Speaking – SK Bukit Mutiara
                            Poetry Recitation – SK Bukit Mutiara
                            Scrabble – SK Bukit Mutiara
                            Action Song - SJKC Foon Yew 1
                            Choral Speaking – SJKC Foon Yew 1

3.    Para hakim dan penyelaras pertandingan di minta hadir untuk satu taklimat penghakiman yang akan diadakan ada 19 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Bukit Mutiara pada pukul 2.00 petang. Kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadili pertandingan tersebut amat dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Chellam a/p Subramaniam, SK Bukit Mutiara di talian 013-7624390.

Sekian, terima Kasih.



Surat PPD dan Sekolah Terlibat (2051) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 293 kali sejak disiarkan pada 17 Apr 2017 jam 15:59:20


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 56 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0