banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Mac 2017 - Rabu PENDAFTARAN KATEGORI BARU “ROOKIE” PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR (NRC 2017)

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya surat KPMSP.600.14/1/10 (36) bertarikh 24 Februari 2017 adalah dirujuk dan berkaitan.

2.    Sehubungan dengan itu, semua sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru dijemput menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Johor (NRC 2017). Maklumat berkaitan penyertaan pasukan hendaklah dikemaskini secara ”on-line” menerusi laman web berikut :  http://nrc.sasbadi.com/registration.php . Hantaran borang pendaftaran dan kemaskini pendaftaran secara ”on-line” mestilah dilakukan selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mei 2017.

3.    Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada 2 jenis sekolah :

i.     Sekolah baharu yang kali pertama menghantar pasukan untuk menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) pada 2017.
ii.    Sekolah yang pernah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) sebelum ini tetapi tidak menghantar pasukan untuk 3 tahun kebelakang ini (kali terakhir pada tahun 2013).

 4.    Untuk makluman, semua sekolah (seperti lampiran) yang menerima bekalan set robot bagi peluasaan robotik pada 10 November 2016 di wajibkan menyertai kategori tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada pihak teknikal Sasbadi menerusi Encik Noor Faiz bin Zulkiflee di talian 012-5796886.
Sekian, terima kasih.



Surat KPM dan JPNJ (2048) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 349 kali sejak disiarkan pada 15 Mac 2017 jam 14:30:15


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 57 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0