banner1
 

Pentadbiran Berita


5 Jan 2017 - Khamis PERMOHONAN GURU GANTI KGSK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2017

Kepada:

Pengetua dan Guru Besar 
Sekolah Harian
Daerah Johor Bahru

Tuan, 

PERMOHONAN GURU GANTI KGSK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2.  Bagi tahun 2017, lantikan Guru Ganti KGSK hanya akan bermula selepas waran peruntukan guru ganti 2017 diterima. Sehubungan itu, pihak sekolah boleh memohon guru ganti KGSK bagi bulan Januari 2017.  Keutamaan hanya diberikan pada guru yang cuti bersalin sahaja. 
 
3.  Semua permohonan guru ganti KGSK perlu dibuat melalui laman web e-kgsk di laman web http://jpnjohor.moe.gov.my/ekgsk.
    *Sila muat turun panduan permohonan guru ganti KGSK secara online pada lampiran dibawah

4.   Dokumen sokongan yang perlu dihantar ke PPD adalah seperti berikut:
    a) Borang permohonan guru ganti KGSK yang dicetak dari sistem e-kgsk
    b) Surat iringan sekolah
    c) Surat akuan bersalin, sijil cuti sakit, kelulusan cuti awal dan lain-lain yang berkaitan

5.   Perkara-perkara di bawah perlu di teliti oleh pihak sekolah:
a) Lantikan dan tarikh mula perkhidmatan guru ganti KGSK disekolah ditetapkan dan diluluskan oleh pihak PPDJB sahaja. Pihak sekolah hanya boleh mencadangkan calon sahaja.
    b) Pihak PPDJB tidak bertanggungjawab ke atas lantikan dan bayaran gaji guru Ganti KGSK  jika tanpa kebenaran dari PPDJB.
c) Pihak sekolah boleh menghantar terlebih dahulu Borang Permohonan Guru Ganti KGSK jika dokumen sokongan dari guru yang sedang bercuti mengambil masa untuk dilampirkan (untuk mengelakkan lantikan lambat dibuat). Dokumen sokongan boleh dihantar kemudian bersama-sama surat iringan.
        d) Setiap Guru Ganti yang hadir ke sekolah dan menyatakan mereka adalah calon dari PPD mesti membawa bersama-sama Memo Penempatan dari pihak PPDJB.

6.   Sebarang pertanyaan , sila hubungi En Rohaizad Bin Selemin, Penolong PPD KGSK/GSTT/GG di talian 07-2200339 atau 0197238303.
    

Sekian. Terima kasih


PANDUAN PERMOHONAN SEKOLAH (2138) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Harian Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong PPD KGSK / GSTT / GG

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 2196 kali sejak disiarkan pada 5 Jan 2017 jam 11:10:34


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 40 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0