banner1
 

Pentadbiran Berita


5 Jan 2017 - Khamis PELAKSANAAN MODUL KEMBARA ILMU DI SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Tuan,


Dengan segala hormatnya Surat JPNJ.KOKO(37)/700-1/2/4 (   ) bertarikh 4 Januari 2017 adalah dirujuk dan berkaitan.

2.    Dalam mendepani isu dan cabaran 2017 yang pasti mencabar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menggariskan strategi umum dan strategi khusus bagi memastikan pemacuan transformasi pendidikan Johor bergerak pantas. Satu daripada strategi tersebut khusus yang melibatkan kokurikulum (Kokurikulum Impak Tinggi (KKIT)) dikenal pasti mampu menjana dan meningkatkan prestasi akademik dan keterampilan murid di sesebuah sekolah. Oleh itu Kokurikulum Berimpak Tinggi (KKIT) dibangunkan dengan matlamat memeriahkan aktiviti kokurikulum di peringkat akar umbi semua sekolah Negeri Johor. KKIT juga diharap mampu meningkatkan penguasaan bahasa kedua terutamanya Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam PPPM. Aspirasi Murid kelima iaitu penguasaan kemahiran dwibahasa. Selain itu, KKIT juga mampu merapatkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar dalam penglibatan aktiviti kokurikulum.
3.    Sehubungan dengan itu, semua sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru dikehendaki melaksanakan dan menggunakan Modul Kembara Ilmu yang telah dibangunkan oleh Unit Kokurikulum JPN Johor untuk mencapai matlamat yang dinyatakan. Sekolah juga boleh membina modul sendiri mengikut kesesuaian tempat dan aras murid. Untuk memastikan markah kokurikulum murid mencapai tahap yang membanggakan, sekolah juga digalakkan merancang agar Modul Kembara Ilmu dapat dilaksanakan dan seterusnya dapat diiktiraf sebagai aktiviti peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
4.    Bersama-sama ini disertakan satu salinan Modul Kembara Ilmu untuk rujukan dan tindakan tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Surat JPNJ (2053) - klik utk muat turun

Modul Kembara Ilmu (2052) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 953 kali sejak disiarkan pada 5 Jan 2017 jam 08:48:55


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 39 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0