banner1
 

Logo Pejabat Pendidikan Daerah





Logo : PPD Johor Bahru
( Digunakan Secara Rasmi Mulai 14 Februari 2009 )
Majlis Pelancaran : 14 Februari 2009 - Hotel Katerina Batu Pahat, Johor



KETERANGAN LOGO


PENGENALAN:

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka bentuk logo PPD dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini mengandungi tiga gabungan unsur yang melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang berfokuskan tanggungjawab dan peranan PPD/PPG di Malaysia.

PENGERTIAN RUPA

i. Buku dan Kalam Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama dalam melaksanakan program pendidikan Negara.
ii. Jalur empat berserta anak panah Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum utama iaitu Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia.
iii. Bulan dan Pecahan 14 Bintang Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi.


PENGERTIAN WARNA

i. Warna Biru Tua ( berjalur empat ) Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta akan ilmu.
ii. Warna Biru Muda ( rupa buku ) Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda atau sejak zaman kanak-kanak lagi.
iii. Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat


PENGERTIAN AKSARA

* PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
* PPG : Pejabat Pendidikan Gabungan ( Sabah & Sarawak )
* Nama PPD : Diperjelaskan di bawah logo mengikut PPD masing-masing




Logo Asal PPD Johor Bahru





Nama Pencipta : Abdul Latif bin Awi
( Pensyarah Kemahiran Hidup Maktab Perguruan Temenggong Ibarahim, Johor Bahru )

Tarikh Siap : 23 Mac 1998
( Digunakan Secara Rasmi Sehingga 13 Februari 2009 )



Keterangan Logo

- Logo dibentuk dari nombor '0' atau sifar yang melambangkan konsep zero defect.
- Pada sifar terdapat lapan jalur biru (jalur kiri dan kanan) yang bermaksud lapan prinsip yang terdapat dalam zero defect.
- Di dalam logo ini terdapat beberapa bilah keris yang mencerminkan budaya bangsa dan semangat kekitaan.
- Sembilan bilah keris bewarna kuning yang tersusun menunjukkan sembilan perkara utama dalam piagam pelanggan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.
- Terdapat juga ringkasan tulisan jawi dan rumi PPDJB yang sama maksudnya iaitu Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.
- Warna biru melambangkan berwawasan, keharmonian, kestabilan majikan.
- Warna kuning membawa erti semangat ingin maju, berbakti dengan cemerlang dan akauntabaliti dalam kerjaya.
- Sementara warna hitam melambangkan tegap, teguh dan mempunyai daya tahan dalam segala masalah dan cabaran hidup.










[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 06 November 2014 7:09pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 33 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru