banner1
 

Ruangan FAQ



Soalan : Pertukaran murid sekolah berasrama penuh/sekolah menengah teknik/sekolah menengah kebangsaan agama/MRSM?
Jawapan : Pertukaran keluar daripada sekolah-sekolah diatas hanya berlaku setelah mendapat kelulusan daripada bahagian-bahagian yang berkenaan. Setelah kelulusan pertukaran dilakukan ianya hendaklah dimajukan ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Soalan : Bagaimana membuat pertukaran antara sekolah kerajaan?
Jawapan : Bagi Warganegara gunakan borang P.U(A)275 Jadual Ketiga. Dapatkan daripada sekolah asal. Bagi bukan warganegara gunakan Borang P.U(A) Jadual Pertama .Dapatkan dari sekolah asal. Hanya ibu bapa atau penjaga yang sah dari undang-undang dibenarkan membuat permohonan ini. Borang-borang yang lengkap dikemukan kepada : Jabatan Pelajaran Negeri bagi pertukaran antara negeri. Pejabat Pelajaran Daerah bagi pertukaran antara atau dalam negeri

Soalan : Bagaiman membuat rayuan untuk bersekolah semula?
Jawapan : 1. Perkara-perkara yang perlu ada : (i) Surat buang sekolah atau surat berhenti sekolah (ii) Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/waris(1 salinan) (iii) Salinan Kad Pengenalan Pelajar (1 salinan) (iv) Surat Rayuan untuk bersekolah semula ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Wisma Pendidikan Jalan Tun Abdul Razak 80604 Johor Bahru (u.p: Unit Perhubungan dan Pendaftaran) (v) Salinan sijil PMR jika Tingkatan 4 (Sudah mendaftar PMR atau SPM) pada tahun berkenaan jika Tingkatan 3 atau 5) 2. Setelah surat dan borang lengkap sila ke Jabatan Pelajaran Negeri Johor bersama-sama dengan pelajar (berpakaian seragam sekolah) dan sahsiah diri yang baik seperti rambut pendek 3. Jawapan samaada anak/jagaan tuan/puan berjaya atau tidak bersekolah semula akan dihantar melalui surat dalam masa 1 hingga 2 minggu. 4. Anak/jagaan tuan/puan hanya boleh bersekolah semula setelah tuan/puan menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor 5. Setelah mendapat surat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Johor datang ke Pejabat Pelajaran Daerah membawa bersama murid berkenaan dengan berpakaian seragam sekolah dan penempatan akan dilakukan berdasarkan kekosongan tempat dan alamat rumah

Soalan : Bagaimana hendak masuk ke Tingkatan 6 bawah Sekolah Kerajaan?
Jawapan : Kemasukan ke Tingkatan 6 bawah aliran Sains dan Kemanusiaan Sekolah Kerajaan adalah berdasarkan tawaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia

Soalan : Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi sekolah menengah?
Jawapan : 1. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan 2. Mengemukakan permohonan menggunakan borang Guru Sandaran Tidak Terlatih yang ada di Pejabat Pelajaran Daerah 3. Pengambilan bergantung kepada waran yang dibenarkan berdasarakan kekosongan jawatan yang ada 4. Calon akan ditemuduga untuk tujuan pemilihan

Soalan : Mengapakan anak saya tidak dapat ditempatkan di sekolah yang dipohon?
Jawapan : Penemptan ke sekolah harian biasa adalah berdasarkan kekosongan tempat dan zon penempatan. Penempatan ke sekolah kawalan dan premier adalah berdasarkan keputusan peperiksaan awam ,kekosongan tempat dan alamat rumah

Soalan : Bagaimana anak saya hendak memohon ke Sekolah Berasrama Penuh?
Jawapan : Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh adalah secara online melalui laman web moe.gov.my

Soalan : Bilakah pertukaran guru terlatih boleh dibuat?
Jawapan : Pertukaran guru terlatih boleh dibuat pada bulan September bagi kelulusan Januari manakala bulan April bagi kelulusan Jun

Soalan : Bagaimana hendak bersekolah dari sekolah persendirian/swasta ke sekolah kerajaan?
Jawapan : Permohonan hendaklah dibuat di Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dengan mengisi borang permohonan (PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN/BANTUAN KERAJAAN KEMENTERIAN PELAJARAN) bersama dokumen/salinan (Sijil Lahir depan dan belakang, Kad Pengenalan depan dan belakang, Surat berhenti sekolah rendah/menengah, Keputusan peperiksaan UPSR dan PMR, Laporan Disiplin dari sekolah asal) yang berkenaan sebelum kelulusan diberi. Setelah mendapat surat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri barulah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk ditempatkan di sekolah berdasarkan kekosongan tempat dan alamat rumah.

Soalan : bolehkah saya mintak jasa baik ppd johor memberi saya statistik ponteng sekolah ataupun statistik salah laku pelajar sekolah sekolah di johor untuk sesi tahun lepas>
Jawapan : Permohonon bagi mendapatkan maklumat seperti yang dinyatakan hendaklah diajukan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Johor (u.p Unit Pembangunan Kemanusiaan JPNJ). Permohonan hendaklah dilampirkan bersama surat akuan menjalankan kajian dari universiti berkaitan bagi tujuan melaksanakan kajian/tesis.

Soalan : Saya mempunyai kelulusan Saujana Ijazah dan ingin memohon GSTT di daerah Johor Bahru dan secara kebetulan saudara saya juga tinggal di Skudai, Johor. Saya ingin tahu sama ada jenis borang GSTT Johor dan Perak adalah serupa atau tidak? Jika tidak, macam mana saya boleh memperolehi borang GSTT PPD Johor Bahru? sekian, terima kasih.
Jawapan : Tidak. Sila hadir ke PPD Johor Bahru untuk mendapatkan borang-borang berkaitan. (u.p Unit Pengurusan Sekolah Menengah - En. Zamri bin Jamaluddin)

Soalan : Pesara tentera yang mempunyai Diploma Pendidikan Malaysia adakah layak memohon utk guru kontrak seperti yg diumumkan oleh Menteri Pelajaran? jika boleh bagaimana cara salurannya.Buat masa ini saya hampir 3 tahun berkhidmat dalam KGSK.Terima kasih.
Jawapan : Sila rujuk Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Soalan : bagaimana ingin memohon GSTT?adakah ianya hanya boleh di pohon jika ada tawaran atau boleh memohon pada bila bila masa sahaja?
Jawapan : Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan 2. Mengemukakan permohonan menggunakan borang Guru Sandaran Tidak Terlatih yang ada di Pejabat Pelajaran Daerah 3. Pengambilan bergantung kepada waran yang dibenarkan berdasarakan kekosongan jawatan yang ada 4. Calon akan ditemuduga untuk tujuan pemilihan

Soalan : adik sy bersekolah di sek.men.islam at tahfiz,sek swasta,skrg dia br lepas pmr dan ingin menukar sek ke sek kerajaan di kaw.ppd pasir gudang dlm tingkatan 4,bagaimanakah prosedur penukaran sekolah itu perlu dilakukan?
Jawapan : Tuan hendahklah mengisi borang permohonan kemasukan murid ke sekolah menengah kerajaan / bantuan kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak 3 salinan. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ). Setelah JPNJ mengeluarkan surat kebenaran bersekolah di sekolah kerajaan, barulah tuan/puan ke PPD untuk mendapatkan penempatan.

Soalan : Jika saya hendak tahu keputusan PMR rakan saya tetapi ia engan memberitahu saya, adakah cara lain untuk mengetahu keputusannya?
Jawapan : keputusan peperiksaan adalah sulit.
 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 52 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0