banner1
 

Pentadbiran Berita


7 Ogs 2017 - Isnin TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN INSTRUMEN PELBAGAI PT3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI PERINGKAT DAERAH TAHUN 2017

Kepada,
Pengetua-pengetua
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa setiap sekolah kerajaan perlu menghantar seorang Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP) dan seorang Guru Pentaksir Mata Pelajaran (GPMP). Manakala, sekolah swasta dikehendaki menghantar seorang guru yang mengajar subjek tersebut di tingkatan 3. Guru-guru berkenaan diminta hadir untuk menerima taklimat sebagaimana ketetapan berikut:-

2.1 Tarikh : 14 dan 15 Ogos 2017
2.2 Tempat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
2.3 Masa : Dewan Pendeta, SMK Dato Usman Awang 

3. Sehubungan itu, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan bagi mata pelajaran berkenaan juga turut hadir bagi menyampaikan taklimat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong PPD PBS, PPD Johor Bahru En. Mohd Hanif bin Muhamad ditalian 01276237764.

Sekian, terima kasih.


Senarai Nama KPKw dan PKw Geografi (251) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua Sekolah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 221 kali sejak disiarkan pada 7 Ogs 2017 jam 20:37:52


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 18 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0