banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Mei 2017 - Isnin JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) KALI KE-6 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan: JPNJ/KOKO(37)700-3/3/1( ) bertarikh 14 Mei 2017, surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, surat rujukan: PPMNJ/09/07/JOTA(13) bertarikh 3 Mei 2017 dan surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru, surat rujukan : PMJB/01/02(17) 16 bertarikh 7 Mei 2017 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput untuk memberi pelepasan serta menghantar seorang guru pemimpin pengakap dan seorang ahli pengakap ( darjah 4 hingga tingkatan 6 ) dari sekolah tuan bagi mengikuti jamboree tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

2.1 Tarikh : 20 Mei 2017 (Sabtu)
2.2 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
2.3 Tempat : SK Taman Perling 3, Johor Bahru
2.4 Bayaran : RM 10.00 seorang Peserta , RM 10.00 seorang Pemimpin.
2.5 Pakaian : Seragam Pengakap ( Full Uniform )
2.6 Tarikh tutup penyertaan : 18 Mei 2017 (Khamis)

3. Segala urusan pembayaran hendaklah dibuat atas secara nama PPM DAERAH JOHOR BAHRU - AMBANK CWGN BUKIT INDAH : 253-202-200046-3 atau secara TUNAI semasa pendaftaran.

4. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan dan pendaftaran, sila hubungi En.Rodyisnansyah bin Julaihi – Timbalan Pesuruhjaya Daerah, PPM Daerah Johor Bahru ( 012-7631620 ). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai bagi melancarkan perjalanan program.


Sekian.



Surat Kelulusan PPDJB,JPNJ dan KPM (267) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA , GURU BESAR

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : RODYISNANSYAH BIN JULAIHI | Penyelia HEM

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 527 kali sejak disiarkan pada 15 Mei 2017 jam 23:16:42


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 31 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0