banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Mei 2017 - Isnin PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST) ANIMATION 2017

Pengetua /  Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

Tuan

PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST) ANIMATION 2017
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2. Untuk makluman, surat makluman rasmi dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP(BTP-PENT)8800/41/20/Jld.11(18) bertarikh 16 Mac 2017 adalah dirujuk.
 
3. Sehubungan itu, semua sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru dijemput untuk menyertai pertandingan berkenaan. Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh dirujuk melalui pautan berikut : http://gg.gg/btpnjohor-dst2017
 
4. Tarikh akhir penyertaan dan penghantaran DVD-Video di peringkat negeri Johor ialah sebelum atau pada 30 Jun 2017. Sekolah yang berjaya akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.
 
5. Sila hubungi En. Mohd Faruze bin Iberahim, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah di talian 013-9038612 atau 07-5581893 untuk sebarang pertanyaan. Kerjasama tuan dalam hal ini didahulukan terima kasih.

Sekian,


Surat Makluman (173) - klik utk muat turun

Peraturan (172) - klik utk muat turun

Borang Penyertaan (146) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua / Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AZHAAR BIN MD ALI | Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tasek Utara

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 385 kali sejak disiarkan pada 15 Mei 2017 jam 11:04:02


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 9 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0