banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Apr 2017 - Rabu PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengerusi Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon Nusajaya
Pengerusi Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon Skudai    
Pengerusi Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon Bandar      
Pengerusi Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon Majidee

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2.    Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan pemenang pasukan zon sekolah tuan ke pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh             :    22 April 2017 (SABTU)
Masa              :    9.00 pagi
Tempat           :    SK Taman Desa Skudai
Pertandingan   :    a.    Pertandingan bercerita Tahap 1    
                           b.    Pertandingan bercerita Tahap 2    
                           c.    Pertandingan Pidato Tahap 2         
                           d.    Pertandingan Bicara Berirama            
                           e.    Pertandingan Sahibba            
                           f.    Pertandingan Pesta Pantun        

Yuran Penyertaan    :    Guru Besar SK Taman Desa Skudai
                                   RM 200 (Bayaran oleh pengerusi Zon untuk semua 
                                   acara yang dipertandingkan)
    
3.    Untuk makluman tuan, pihak sekolah yang mewakili zon masing-masing diminta menghantar borang penyertaan yang disertakan sebelum 17 April 2017. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj. Kamaruddin bin Othman, Guru Besar SK Taman Desa Skudai di talian 013-7511506.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Borang Penyertaan (113) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Pengerusi Zon Bahasa Melayu Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 277 kali sejak disiarkan pada 19 Apr 2017 jam 12:17:22


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 8 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0