banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Mac 2017 - Ahad TAKLIMAT PENYELARASAN PENGURUS PASUKAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Johor Bahru.
( rujuk Lampiran )

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017 mulai 3 Aprill 2017 sehingga 25 April 2017.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan tugas dan mengarahkan Pengurus Pasukan Unit Beruniform dan Guru dari sekolah tuan (rujuk Lampiran) untuk menghadiri taklimat tersebut mengikut seperti ketetapan berikut :-
    
2.1 Tarikh           : 26 Mac 2017 ( Ahad )
2.2 Masa            : 2.00 petang
2.3 Tempat         : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Majidee, Johor Bahru
2.4 Keperluan    : Sumbangan pertandingan dalam bentuk cek sebanyak RM150.00 (setiap pasukan)

    
4.    Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti Abdullah, Penyelia Kokurikulum PPD Johor Bahru ( 07-2200344 / 012-3602653 ). Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



TAKLIMAT PENGURUS KAWAD KAKI JB 2017 (255) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 365 kali sejak disiarkan pada 19 Mac 2017 jam 11:58:10


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 14 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0