banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Mac 2017 - Ahad PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.
2.    Sehubungan dengan itu, pasukan sekolah tuan telah terpilih menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh                    :     8 April 2017 (SABTU)
Pendaftaran            :    7.30 pagi
Tempat                   :    SMK Dato Jaafar
Yuran Penyertaan    :    Pengetua SMK Dato Jaafar
                                   RM 20 (Bayaran untuk acara yang dipertandingkan)

3.     Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai kepada Pengetua SMK Dato Jaafar selewat-lewatnya pada 8 April 2017 semasa hari pendaftaran. Mohon kerjasama pihak sekolah yang ingin menyertai pertandingan tersebut memuat turun kertas konsep syarat pertandingan yang boleh dimuat turun daripada laman web beralamat http://ppdjb.edu.my/jbdat/konsep/index.php. Tema adalah bebas dan segala peralatan sokongan dibawa oleh sekolah masing-masing. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Sekolah Terlibat (126) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Sekolah-sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 320 kali sejak disiarkan pada 19 Mac 2017 jam 08:52:03


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 11 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0