banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Mac 2017 - Ahad KARNIVAL BAHASA TAMIL PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Daerah Panitia Bahasa Tamil amat berbesar hati menjemput sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Tamil untuk menyertai Karnival berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh              :    08 April 2017 (SABTU)
Masa               :    7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat            :    Dewan Budiman, SMK Sri Rahmat, Johor Bahru
Bayaran          :    Rujuk surat JPNJ.SPA (05)/600-3/3/4.Jld2(68) bertarikh  
                           26 Februari 2017
Maklumat Pertandingan     :     google drive : [email protected]                  
Senarai AJK        :    Lampiran 1
    
3.    Dimaklumkan juga Bahas Peringkat zon pada 29 Mac 2017 (jam 1.00 petang ) di  zon masing-masing (lampiran 2) Manakala  pertandingan kuiz tatabahasa, penulisan esei (men rendah), penulisan cerpen (men atas) akan berlangsung pada 4 April 2017 (jam 1.30 petang) di SMK Sri Rahmat dan penilaian persembahan multimedia pada  5 April 2017 di SMK Sri Rahmat (jam 11.00 pagi).
 
4.    Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pertandingan, borang pendaftaran Karnival Bahasa Tamil (Rujuk Lampiran 1-3).

5.    Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan sila rujuk kepada Cik Pushpalata a/p R.Ramasamy (Setiausaha JKD Bahasa Tamil Daerah Johor Bahru) di talian 0127295312.

Sekian, terima kasih.




Surat JPNJ dan Jenis Pertandingan (105) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 281 kali sejak disiarkan pada 19 Mac 2017 jam 08:35:40


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 41 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0