banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Jan 2017 - Rabu PENDAFTARAN CALON PERTANDINGAN NILAM PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Pengetua/Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

Sukacita dimaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan menjalankan ujian saringan pemilihan calon Anugerah NILAM daerah Johor Bahru tahun 2017.

 

2.         Sehubungan dengan itu, dimohon pihak sekolah menghantar seorang (1) calon peserta NILAM mengikut kategori berikut :

 

            Sekolah Rendah :

            a) Tokoh Anugerah NILAM Bahasa Malaysia

            b) Tokoh Anugerah NILAM Bahasa Inggeris

 

            Sekolah Menengah :

            a) Tokoh Anugerah NILAM Bahasa Malaysia

            b) Tokoh Anugerah NILAM Bahasa Inggeris

    

3.         Oleh itu, pendaftaran calon NILAM perlulah dibuat segera melalui pautan berikut sebelum atau pada 17/1/2017.

 

                        http://gg.gg/anugerahnilampkgjb2017

 

4.         Senarai calon NILAM yang terpilih ke peringkat saringan akan diumumkan pada 18/1/2017.

 

5.         Berikut disertakan syarat-syarat pertandingan dan carta alir untuk rujukan pihak tuan. Dinasihatkan supaya pihak sekolah merujuk carta alir pertandingan NILAM bagi memudahkan perjalanan pengurusan.

 

6.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En Azhaar Bin Md Ali ditalian 07-2362209 atau 016-7526462.

 

Sekian Terima Kasih



Syarat NILAM 2017 (210) - klik utk muat turun

Carta alir NILAM 2017 (211) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua / Guru Besar / Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AZHAAR BIN MD ALI | Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tasek Utara

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 510 kali sejak disiarkan pada 11 Jan 2017 jam 15:55:14


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 11 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: ppd_jb@moe.gov.my

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0