banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Jan 2017 - Selasa PENYERAHAN SIJIL IKRAR PEMBELAJARAN ABAD KE 21 SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam hormat, salam Muafakat Johor,


Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

Tuan/Puan,

PENYERAHAN SIJIL IKRAR PEMBELAJARAN ABAD KE 21 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengambil tindakan segera menghantar ikrar pembelajaran abad ke-21 yang telah diedarkan melalui email rasmi Pengetua dan Guru Besar pada 21.12.2016 yang lalu.

3.  Pihak tuan/puan diminta menghantar ikrar tersebut yang telah dicetak di atas kertas sijil kepada Ustaz Amirulhakim bin Mahfudz Ketua Unit Pengurusan Akademik PPDJB sebelum atau pada 17.1.2017. Lafaz ikrar tersebut akan dipimpin oleh barisan kepimpinan terdiri daripada  Pengerusi MPSM, Pengerusi MGB (SK), Pengerusi MGB (SJKC) dan Pengerusi MGB (SJKT) di perhimpunan bulanan PPD Johor Bahru bilangan 1/2017.

4.  Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan/puan menyerahkan sijil ikrar pembelajaran abad ke-21 mengikut tarikh ditetapkan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

SALAM SEHATI SEJIWA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORITA BINTI AHMAD ALWI | Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 554 kali sejak disiarkan pada 10 Jan 2017 jam 08:37:10


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 8 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: ppd_jb@moe.gov.my

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0