banner1
 

Pentadbiran Berita


4 Jan 2017 - Rabu JSLC : KEPUTUSAN KEM SARINGAN PERTAMA CALON JSLC SERTA TEMUDUGA DAN PENILAIAN (AKHIR) KOHORT 8/2017

Pegetua
Sekolah-sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru



Tuan/Puan

JSLC : KEPUTUSAN KEM SARINGAN PERTAMA CALON JSLC SERTA TEMUDUGA DAN PENILAIAN (AKHIR) KOHORT 8/2017

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah selesai menyelaras sesi pemilihan peringkat saringan pertama calon-calon ahli Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC). Sukacita, bersama ini disertakan senarai calon-calon pemimpin murid yang telah terpilih untuk menghadiri Sesi Temuduga Dan Penilaian (Akhir) Calon-Calon Ahli Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) Kohort 8/2017


2.     Jabatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pemimpin murid sekolah tuan/puan yang telah berjaya ke  Sesi Temuduga Dan Penilaian (Akhir). Sehubungan dengan itu , dinyatakan sesi temuduga tersebut akan diadakan  seperti ketetapan berikut :-

        Tarikh    :23 & 24  Januari 2017 (Isnin - Selasa)
                     ( sila rujuk jadual)            
        Tempat  :Bilik Mesyuarat Kesidang  (Aras 2)
                      Blok C , Jabatan Pendidikan Negeri Johor


3. Surat Rasmi akan dipanjangkan ke sekolah dalam masa terdekat. Mohon sekolah membuat pemakluman awal kepada calon yang berjaya dari sekolah tuan/puan.

4. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas boleh diajukan terus kepada Pn Rabiah bt Mohd. Taib,Unit PendidikanSwasta, di Talian 07-2310004/017-7970954.


SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN BAHAN:-

http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?BHS=&UT=4&MN=40&JN=&W=2524



Tindakan : Pengetua

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : FIRDAUS BIN RIPIN | Penyelia Pendidikan Swasta

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 540 kali sejak disiarkan pada 4 Jan 2017 jam 11:41:04


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 16 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: ppd_jb@moe.gov.my

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0